Zaini mohemad MYLife: aku hanya seorang kawan

Monday, March 15, 2010

aku hanya seorang kawan

Aku percaya, bukan aku seorang sahaja yang mengalami nasib begini. Ramai lagi yang mengalaminya secara langsung dan tidak langsung. Aku jarang jumpa spesies macam ni sebagai teman-teman aku dan dia adalah yang pertama. Lagipun aku tak ramai kawan yang rapat dengan aku sebab aku jenis yang tak berminat menjalinkan persahabatan dengan kukuh. Aku juga tak gemar mencari gaduh dengan mereka dan sebab tulah kawan-kawan aku tak pernah timbulkan masalah.

Malah, mereka jarang meminta bantuan daripada aku ketika dalam kesusahan. Walaupun tengah bergaduh dengan boyfriend pun mereka tak meluahkan kat aku. Cuma bila aku bertanya sahaja barulah mereka beritahu masalah mereka. Itupun tak minta bantuan. Mereka cuma berharap aku mendengar sahaja keluhan mereka. Jadi, sampai sekarang aku masih lagi menganggap mereka sebagai kawan baik aku dan terus terang aku kata aku tak pernah bergaduh dengan mereka.

Tapi dia ni lain.

Aku kenalnya dah lama juga. Dulu memang rapat tapi sejak dulu lagi aku dah rasa tak selesa. Dia hanya mencari aku apabila ada masalah. Apabila terfikir bahawa aku boleh menolongnya. Apabila dia terfikir aku pasti takkan tolak permintaannya. Dia tahu, aku pasti menolong.

Aku ingat lagi kata manis dia apabila aku menolongnya. Memang manis. Macam lelaki yang pandai bermain kata-kata tuk pikat perempuan. Itulah dia. Apabila dia tak perlukan aku, dia anggap aku macam tak wujud. Aku sering ditinggalkan keseorangan sementara dia bersama rakan baiknya. Bukan kali pertama aku menolong tapi dah banyak kali. Dan banyak kali juga aku bersabar.

Aku masih lagi ingin berkawan dengan dia. Sebabnya satu. Aku tak suka bergaduh dengna sesiapa. Walaupun kawan aku tu jahat macam mana pun, aku tetap hulur salam perkenalan tapi bila aku fikir balik, kalau aku sahaja yang terhegeh-hegeh hendak berkawan dengan dia tapi dia tak menganggap aku kawan, buat apa?

Aku bagi mesej, dia tak balas. Tak de kredit? Mungkin. Tapi kalau dia tengah online YM sekarang tapi bila aku chat dengan dia tapi dia tak balas, apa cite? Takkan YM pun kena guna kredit? Busy? Aku pun busy jugak. Banyak projek kena kejar pastu tension tak dapat info tapi apa salahnya balas YM aku. Kalau tulis 'Hai' pun aku boleh terima lagi. Tapi ini tak berbalas langsung. Aku komen kat Frienster pun dia tak menjawab tapi komen orang lain dia jawab. Gambar dia still update lagi.

Adakah itu maknanya dia tak nak berkawan dengan aku? Tapi sebab apa? Sebab aku tak sepandai dia? Sebab jawatan aku lebih kecil daripada dia? Sebab dia dah ada kereta yang dibeli dengan duitnya sendiri? Sebab aku tak secantik dia? Sebab aku tak berjaya seperti dia? Mungkin sebab bagi dia aku tak wujud.

Biarlah. Walaupun aku kisah tapi aku boleh buat-buat tak kisah.

Biarlah dia dengan kehidupannya dan aku dengan kehidupan aku.

Tunggu sajalah saat dia perlukan pertolongan aku.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

mybestfriend's